Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Lama terletak di dalam Negeri Sembilan.

Gemas terletak sekitar 54 KM untuk ke Daerah Tampin dan untuk ke Rembau pula 75 KM. Manakala, Seremban pula 101 km. Bandar ini terletak sekitar 165 KM dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan keretapi barat dan timur Malaysia. Stesen keretapi Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Gemas merupakan persimpangan bagi landasan keretapi ke pantai timur dan pantai barat Malaysia yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017


'3D Printer Training'

Aktiviti Terkini | 14 - 15 Oktober 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan 3D software kepada komuniti setempat dan juga menarik minat komuniti dalam mempelajari benda yang baharu. 3D software merupakan sebuah perisian yang digunakan untuk membuat objek dalam bentuk 3 dimensi dan mencetak dengan menggunakan pencetak digital. Untuk program ini pelajar didedahkan dengan cara-cara membuat design dengan menggunakan Sketch Up software dan kemudiannya mencetak dengan menggunakan 3D printer.....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA TABIKA PERPADUAN TAMAN SENTOSA ANJURAN BERSAMA PERPUSTAKAAN GEMAS

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2017

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengetengahkan bakat pelajar Tabika Perpaduan Taman Sentosa dan melatih pelajar untuk menzahirkan kretiviti mereka....baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M TAMAN SENTOSA

Aktiviti Terkini | 24 September 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat...baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK MERDEKA

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Program Semarak Merdeka di Pi1M Taman Sentosa adalah untuk memupuk semangat cinta akan Tanah Air. Aktiviti yang dijalankan adalah mewarna bagi kanak – kanak, melukis bendera Malaysia menggunakan Microsoft Paint, rakaman video ucapan kemerdekaan dan juga tayangan video kemerdekaan dan lagu – lagu kemerdekaan....baca selanjutnya

PENJAGAAN MULUT SEAWAL KANAK - KANAK

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2017

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendidik anak – anak kecil tentang penjagaan mulut am nya dan penjagaan kesihatan khasnya....baca selanjutnya

PI1M DECO RAYA

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengembalikan tradisi yang semakin kurang dilakukan seperti menganyam ketupat dan membuat kad raya. Selain itu,untuk mendedahkan dan mengajar kanak – kanak yang sedang membesar untuk menganyam ketupat....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI GURU KERJASAMA AJK JPTP TAMAN SENTOSA

Aktiviti Terkini | 16 Mei 2017

Sambutan ini bertujuan untuk meraikan dan juga mengeratkan hubungan antara guru,ibu bapa dan para pelajar serta memberi didikan awal terhadap menghargai setiap jasa guru mereka....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG TABIKA PERPADUAN TAMAN SENTOSA DAN BALAIRAYA TAMAN SENTOSA, GEMAS

Aktiviti Terkini | 29 April 2017

Membersihkan kawasan sekitar yang menjadi tumpuan penduduk terutamanya pelajar – pelajar Tabika Perpaduan dan kawasan tumpuan penduduk.....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK & E – LEARNING BERSAMA PELAJAR TABIKA PERPADUAN TAMAN SENTOSA

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Memberi pendedahan awal tentang penggunaan komputer dan internet kepada pelajar serta menarik minat pelajar dengan menggunakan medium selain dari di kelas....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti